Selasa, April 28, 2015
   
Text Size
  • Selamat Datang ke Laman Web Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

  • Transformasi pendidikan nampakkan hasil

  • Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

Kurikulum Dini, Tahfiz akan diiktiraf

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kementerian Pelajaran sedang berusaha menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz yang digunakan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.

 

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, usaha tersebut masih lagi di peringkat perundangan kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Raja-raja Melayu.

 

"Jika perkara ini selesai dari segi perundangan, kita akan dapat mengiktiraf Kurikulum Dini dan Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.

 

"Barangkali, selepas itu lebih banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan tampil mendaftar dan seterusnya dinaikkan taraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Rakyat (SABK)," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

 

Beliau menjawab soalan Senator Dr. Arifin S.M Omar yang meminta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh mana Transformasi Pendidikan Nasional memberi perhatian dalam memartabatkan sekolah agama di negara ini.

 

Mengulas lebih lanjut, Mohd. Puad berkata, mengiktiraf Kurikulum Dini dan Tahfiz juga akan membolehkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan guru yang berkelayakan, menyediakan bantuan geran, buku teks, pentaksiran bersistematik, penaziran berkualiti serta pengurusan yang cekap di sekolah-sekolah tersebut.

 

"Selain itu, kementerian juga boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah tersebut, dapat membantu dalam membiayai pengurusan, elaun tambahan gaji guru, pembaikan kecil serta prasarana pendidikan diperlukan, "ujarnya.

 

Sementara itu, beliau menjelaskan sehingga kini, hanya 105 buah SAR dan 90 buah SAN telah mendaftar dengan Kementerian Pelajaran.

 

Sehubungan itu, Mohd. Puad menggalakkan lebih banyak lagi SAR dan SAN untuk mendaftar bagi memastikan pelaksanaan pendidikan di sekolah tersebut lebih berkualiti dan cemerlang serta pada masa sama memudahkan kerajaan memberi bantuan sewajarnya.

 

- UTUSAN

This content has been locked. You can no longer post any comment.

Bahan Kursus, Seminar dan Program Kurikulum

but SKIK but SSMT but i-Think
but LINUS but blank but blank

 

Pautan Laman Web Agensi Terpilih

but mygovbut nkeabut mscbut halal

Portal MTCbut prpmbut mampubut eperolehan

but my idea but ygmb

KSSR TMK Tahun 6

Scan untuk download (Android)

Apps UPTMK v2.01

Hubungi Kami

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 - 8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel: +603 8884 2000

Fax: +603 8888 0560

 

TIMSS & PISA

Makluman

Pihak kami telah pun mengemaskini bahan dokumen KSSR, para pengguna boleh mengaksesnya di menu 'Muat Turun"

 

Terima kasih

PPPM 2013 - 2025

Log Masuk

FAQ Masalah Login

Harap maklum, mulai Tahun 2015, kemudahan Log Masuk ini
hanya dikhaskan kepada pegawai BPK sahaja.

 

UNDIAN Kefahaman KSSR

Sejauh manakah anda faham tentang pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ?

but emel

Tempahan Makmal

Laman ini dikemaskini kali terakhir pada:
Ahad 19 April 2015, 14:18